Sunday, 18 December 2011

Bila agaknya Kapten Najmuddin(Adun Batu Kurau) nak tinggalkan UMNO?

                                                        Aku dan saudara Bob Lokman
                                 
Aku begitu kagum apabila mengikuti kuliah maghrib yang disampaikan oleh bekas pelakon,pelawak,dan penulis lirik,bob lokman atau nama sebenarnya Muhammad Hakim Lokman pada 1 Oktober yang lalu di markaz pas Kampung Simpang Tiga Gudang,Batu Kurau,Perak.Daripada perwatakannya,jelas terpancar cahaya hidayah di wajahnya,orang yang pernah bergelumang dengan dunia hiburan yang terdedah kepada dosa kini kembali ke pangkal jalan,mengharap reda Allah untuk sama-sama berjuang di atas landasan Islam.Syabas diucapkan kepada ustaz Akmal Kamaruddin merangkap Timbalan Ketua Pemuda Pas Larut yang juga merupakan rakan facebook saya kerana berjaya menggerakkan program santai selebriti bersama anak muda pada 1 Oktober yang lalu di Batu Kurau yang menampilkan beberapa artis serta bekas artis tanah air seperti Bob Lokman,Mel (wings) dan pak long (selagi ada rindu).Satu pendekatan terbaik bagi menarik minat anak muda untuk sama-sama terlibat dalam arena politik negara.

Mungkin ramai yang masih belum sedar,apakah tujuan mereka diutuskan ke muka bumi ini.Adakah hanya untuk mencari makan dan pakai atau mencari reda Allah SWT? Sesungguhnya perancangan Allah adalah perancangan terbaik,saya begitu terharu sekali mendengar kuliah maghrib yang disampaikan oleh saudara Bob Lokman.Siapa sangka orang yang pernah hidup dalam kemewahan,pendapatan mencecah puluhan ribu ringgit sanggup meninggalkan segala-galanya demi untuk sama-sama memartabatkan Islam di bumi Malaysia yang kita cintai ini.

Bila lagi untuk orang-orang yang berkelulusan agama dalam UMNO untuk sama-sama meninggalkan perjuangan sia-sia anda? Walaupun kamu seorang hafiz al-Quran,percayalah semua itu bukanlah jaminan untuk kamu ke syurga jika kamu sendiri menolak Jemaah yang memartabatkan Islam,menentang segala usaha yang dilakukan oleh orang lain untuk meletakkan Islam pada tempat yang sepatutnya.

Saya sendiri tidak faham kenapa orang-orang bijak pandai agama termasuk adun di batu kurau sendiri,Dato’ kapten (B) Najmuddin Ellias Al-Hafiz iaitu merupakan individu yang tinggi ilmu agamanya sanggup untuk memilih jalan yang salah iaitu bersama-sama UMNO,parti yang jelas menolak agenda penubuhan dan pelaksanaan negara yang berlandaskan kepada syariat Islam.Sebagai salah seorang rakyat di kawasan Dato’,saya berasa amat malu sekali dengan tindakan Dato’.Tindakan Dato’ itu boleh diibaratkan seperit ‘gunting dalam lipatan’,’duri dalam daging’,’api dalam sekam’ dan musuh dalam selimut kepada agama Dato’ sendiri.

Mungkin sudah tiba masanya untuk rakyat Malaysia merubah corak pemikiran mereka,tidak guna jika pembangunan lebih diutamakan sedangkan Islam terus menerus dipijak dan disepak terajang oleh golongan atasan sebaliknya kita terus berdiam,tidak berani untuk bangkit menentang segala kepincangan.Lihat sahaja pandangan bodoh yang dibuat oleh mereka berhubung hukum hudud di kaca tv,pandangan yang boleh menyesatkan orang ramai.Mana pergi menteri agama dalam hal ini? Mungkin juga menteri tersebut sedang lena dalam singgahsana mewah yang dibina di tengah-tengah kemiskinan rakyat jelata.

‘Kami menerima hukum hudud tetapi belum bersedia untuk dilaksanakan’ Boleh atau tidak seorang menteri yang berstatus anak seorang ulamak memberi hujah dangkal seperti itu.Kalau begitu tidak perlulah ibu bapa memarahi anak-anak mereka yang tidak menunaikan solat jika anak-anak mereka turut memberi jawapan bodoh seperti menteri tersebut ‘kami masih belum bersedia’ untuk bersolat.Tidak perlulah seorang guru memarahi anak muridnya yang ponteng kelas jika pelajar itu menjawab ‘saya masih belum bersedia untuk belajar’.Tidak perlulah polis untuk menyaman individu yang memandu kereta tanpa lesen jika individu tersebut menjawab ‘saya masih belum bersedia nak ambil lesen’.Jadi adakah anda merasakan bahawa Allah akan melepaskan seseorang pemimpin yang gagal untuk mendaulatkan hukum hakamnya hanya dengan memberikan jawapan ‘kami masih belum bersedia’.Ayuh kita fikir-fikirkan bersama.

8 comments:

  1. Adun Batu Kurau tahu mana intan mana kaca. Pas parti setan yang sesat....tak guna sokong parti yang bersahabat dgn peliwat dan kapir harbi

    ReplyDelete
  2. ternyata bloggers Taiping Mali adalah org yang tdk berani berdepan dgn hujah orang lain..setiap kali aku nak komen dkt artikel dia di blog..mesti tertulis perkataan "Ulasan anda akan dapat dilihat selepas kelulusan" apa ni..bukan anak jantan nampaknya kamu ni..inilah akibatnya kalau menganut fahaman "anggukisme" dan "ampuisme"

    ReplyDelete
  3. Salam...Islam tu agama....tak molek rasanya digaululikan dgn parti kepartian...saya tidak menyertai mana-mana parti tapi dari kejauhan ini saya tgk tak ada seorang pun org agama dalam UMNO yang tidak dihentam... Harunsanijadi Haramsani...sedangkan Lim Guan Eng diangkat sebaris dgn Sahabat Nabi... saya pening untuk mencari sebuah kebenaran...

    ReplyDelete
  4. taiping mali jangan tunjukkan kebodohan anda,walaupun anda seorang guru,tapi buah fikiran anda seperti budak tadika.

    ReplyDelete
  5. Negara kini di perintah dengan penuh keamanan, membangun dari segi ekonomi, laungan azan di mana-mana ceruk, semua rakyat dapat mencari rezeki dengan baik, surau di mana-mana....jika di bandingkan dengan negara asia yang lain mahupun negara islam yang lain Malaysia lebih baik.Kalau benar PAS begitu hebat lantiklah dulu presiden Pakatan Rakyat dari parti PAS....baru ada kredibiliti untuk PAS memimpin negara...jangan hanya menjadi Parti yang berada di kelas paling bawah dalam Pakatan Rakyat...bangkitlah dulu dalam komuniti yang kecil sebelum memimpin sebuah negara.....

    ReplyDelete
  6. esok akan diadakan himpunan oren....diharap saudara ada tulis artikel mengenainya....

    ReplyDelete
  7. Artis yang dah tak laku sila joint PAS ,, sbb ada ceramah boleh cari makan bro....

    ReplyDelete
  8. Cakap pakai kepala lutut..ni la jadinya..

    ReplyDelete