Sunday, 18 December 2011

Anak muda Larut buat laporan polis

Taiping: Di atas kprihatinan terhadap agama yang semakin terhina di negara ini,beberapa orang anak muda di sekitar Larut,Perak telah hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping bagi membuat laporan dan membantah pembikinan video klip berbentuk drama pendek yang menghina Islam,hukum hudud dan ayat suci al-Quran.
Drama bertajuk “Musim Hudud” dan “Lagi Hudud PAS” yang disiarkan di laman youtube setakat ini telah ditonton oleh ribuan pengguna internet.Pihak polis perlu mengambil tindakan terhadap mereka-mereka yang terlibat.”Dalam keghairahan untuk mengkritik parti-parti politik tertentu,kenapa hukum Allah yang menjadi sasaran cercaan dan hinaan?.Kami tidak boleh menerimanya”.Tegas seorang anak muda ketika ditemubual..
Tuntutan kami kepada PDRM agar mereka yang terlibat di dakwa di bawah seksyen 233 Akta Komunikasi & Multimedia 1998 kerana menyiarkan bahan tontonan yang berbaur hasutan dan menghina kesucian Islam.Ujarnya lagi.
Setelah diamati satu persatu dialog yang terdapat dalam drama ini,pihak harakah turut mengakui bahawa ia bukan sahaja menghina Islam malah turut mempunyai unsur-unsur penyelewengan akidah.
Pertama dalam drama bertajuk “Lagi Hudud PAS” terdapat dialog yang berbunyi "Buat hudud pun tak jadi apa" yang dituturkan oleh seorang wanita,lalu disambung oleh seorang lelaki tua yang memegang watak sebagai Pak Haji,"makin teruk ada la".Ini merupakan penghinaan yang tidak boleh diterima oleh masyarakat islam di negara kita.

Dalam drama bertajuk “Musim hudud” pula terdapat dialog yang mengatakan,”kalau orang Islam dikerat tangan kerana mencuri manakala orang bukan Islam dipenjarakan sahaja,ini tidak adil.” Kenyataan seperti ini secara jelas boleh mencetuskan perbalahan dalam masyarakat.Hal ini kerana,keadilan menurut perspektif Islam tidak boleh diperbincangkan dalam ruang lingkup yang sempit seperti yang terpapar dalam video klip tersebut.
Penghasilan  drama ini tidak menguntungkan sesiapa malah boleh mengundang kebencian ramai.Jika dibiarkan,ia akan menyebabkan lebih ramai lagi individu yang tidak berautoriti semakin berani untuk bercakap dan bertindak mentafsir Islam mengikut selera mereka sendiri

No comments:

Post a Comment