Tuesday, 20 December 2011

ADAM ADLI,MAHASISWA & SI PENGAMPU

Saat catatan ini dirakamkan,paparan blog pro-kerajaan dan pembangkang sedang hangat membicarakan perihal seorang anak muda,Adam Adli,penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris(UPSI).Beliau yang hanya dianggap sebagai budak mentah oleh sesetengah pihak terus melakar nama dalam persada kebangkitan mahasiswa kerana tindakan beraninya menurunkan bendera berwajah Perdana Menteri di Pusat Dagangan Dunia Putra(PWTC).
          ”Ini tindakan biadap”,herdik seorang pengampu.Ahh, golongan politikus pengampu memang begitu,mereka sentiasa mencari peluang untuk terus membodek dan mengampu.Mereka hanya mahukan perhatian PM,untung-untung boleh juga tercalon jadi Yang Berhormat di Dewan Negara seperti YB Senator Ezam Mohd Nor.Si katak itu menikmati segala elaun dan kemudahan oleh kerajaan hanya kerana kebijaksanaan mengampu dan menyusun kata-kata.
           “Minta Adam Adli memohon maaf secara terbuka”,bentak seorang lelaki bersongkok hitam di kaca tv.Minta maaf? Maruah anak muda yang cintakan keadilan seperti Adam Adli tidak semurah itu.Tidak ada perkara salah yang dilakukan,kenapa perlunya beliau memohon maaf? Menurunkan bendera berwajah PM hanyalah simbolik dan mesej yang ingin ditujukan kepada kerajaan agar mendengar luahan dan suara hati mereka.Persetankan segala tohmahan si pengampu dan pembodek.Kamu tidak bodoh seperti mereka.
           Pengampu seperti mereka semua hanyalah “orang-orang bodoh” yang sentiasa tertutup dan rela ditutup mata hati mereka daripada kebenaran,mereka cenderung untuk taat membuta tuli.Bodoh bukan bermakna tiada pendidikan.Aku akui ramai daripada si pengampu tersebut yang berkelulusan tinggi.Tetapi aku menganggap mereka sebagai bodoh kerana sanggup bersekongkol dengan kezaliman dan kemungkaran demi mengharapkan kedukan,harta benda dan balasan dunia yang sementara.
           Perlu diingat,golongan mahasiwa adalah golongan terpelajar dan cerdik pandai.Mereka sudah tentu tahu membezakan antara kebaikan dan kejahatan serta antara kepalsuan dan kebenaran.Pemikiran dan pandangan mereka adalah berasaskan maklumat dan fakta bukannya tuduhan melulu yang berlandaskan kepada emosi semata-mata.
            Apabila mahasiswa sudah mula bangkit dari lamunan tidur mereka,bersiap sedialah UMNO untuk menyiapkan kain kapan pada Pilihan Raya Umum(PRU) yang ke-13 nanti!!

1 comment:

  1. saudara shukri,ana sudah baca semua artikel saudara..dari situ ana dpt rasakan kesungguhan saudara dlm perjuang parti kita......teruskan menulis !!!

    ReplyDelete