Friday, 30 December 2011

2012: Mendepani cabaran politik

Alhamdulillah dua hari lagi,kita akan menyambut tahun baru masihi..2011 akan meninggalkan kita dengan berbagai cerita suka dan duka.Sudah menjadi lumrah,apabila tibanya tahun baru pasti kita juga akan menanamkam azam baru.Biarpun azam tahun sudah masih belum terlaksana sepenuhnya.
Dalam konteks politik,pada perkiraan aku kita akan mendepani satu detik yang paling cemas dan getir dalam sejarah politik negara.Semua sudah sedia maklum bahawa Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman telahpun dibentangkan di parlimen pada tahun ini dan dijangka berkuatkuasa pada 1 Januari 2012. Satu demi satu sejarah hitam ke atas sistem demokrasi negara terus dilakarkan oleh para pemimpin UMNO Barisan Nasional
Namun kita tidak boleh mengalah,kita tidak boleh berputus asa.Kita seharusnya bersiap siaga untuk menghadapi segala kemungkinan yang akan berlaku.Segala cabaran dan rintangan ini sepatutnya menjadikan kita lebih berani untuk mengorak langkah ke hadapan,janganlah kita berundur walau setapak sekalipun.
Aku akui,untuk melaksanakan perubahan ini bukanlah satu kerja yang mudah.Inilah yang dihadapi oleh Rasulullah dan para sahabat dalam menyebarkan syiar Islam satu ketika dahulu.Mereka terpaksa menghadapi berbagai bentuk ancaman dan tekanan oleh golongan musyrik.Namun ianya langsung tidak mampu mematahkan semangat mereka untuk terus mara menyalakan obor dakwah,menerangi kegelapan dunia dengan cahaya Islam yang bersinar agung.
Saudara sekalian,Malaysia kini berada dalam kegelapan.Segala usaha untuk meneranginya adalah tergalas di bahu kita semua.Anak muda dengan teknologi mayanya haruslah memanfaatkan sebaik mungkin penggunaan medium baru ini.Kita tidak boleh berpeluk tubuh lagi membiarkan segala kepincangan ini terus berleluasa.Kebobrokan pemimpin gila kuasa harus dihentikan segera.Ayuhlah kita bangkit !!!

No comments:

Post a Comment